Sunday, 25 December 2011

Ibnu Khaldun dari Perspektif Sosiologi

Post sebelum ini saya katakan Auguste Comte merupakan Bapa Sosiologi barat. Beliau mengasaskan istilah sosiologi. Walau bagaimanapun ibnu khaldun merupakan ahli sosiologi terawal berbanding Auguste Comte iaitu seawal 500 tahun. Beliau merupakan pelopor sebenar melalui ilmu al-umran (sains tamadun manusia).
 Siapakah ibnu khaldun?

Ibnu khaldun atau nama sebenarnya ialah Abu Zaid Abd ar-rahman ibnu muhammad ibnu muhammad ibnu khaldun.
Beliau banyak memperoleh ilmu dari tokoh2 greek seperti Plato dan Aristotle dan juga mencedok ilmu pemikir2 islam lain seperti ibnu rush, al-farabi dan lain2.
 Apakah sumbangan pemikiran ibnu khaldun dalam dunia sosiologi?

Ibnu khaldun memberi pendapat mengenai faktor yg mempengaruhi pembinaan tamadun dan juga faktor keruntuhannya.
Beliau juga berpendapat bahawa bandar merupakan sumber tamadun.
Beliau menegaskan agama merupakan perkara dasar dalam tamadun.

Thursday, 13 October 2011

Adakah Tidak Kamu Berfikir?

Lihatlah sekeliling kita....tumbuh-tumbuhan yang bermacam jenis...memerlukan karbon dioksida yang dilepaskan oleh kita dan menukarkannya kepada oksigen yang kita perlukan....sebahagiannya mengeluarkan buah-buahan bermacam jenis dan rasa yg dpt kita nikmati...kenapa kita dan tumbuh-tumbuhan ini saling berkait dan memerlukan antara satu sama lain??
bukankah itu suatu sistem dan kebesaran Allah yang Maha Esa...
 
mari kita lihat lagi....bunga2 yang bermacam jenis dan haruman...untuk siapakah ianya diciptakan? mustahil ianya tercipta sendiri dgn haruman yg disukai oleh manusia dan haiwan.....tentu ada yang mencipta...Dialah Allah...
 sungguh cantik aturan alam...mari kita lihat aturan masa....cuba anda bayangkan kita mengira hari dan waktu akibat putaran bumi pada paksinya yang mengakibatkan pertukaran siang dan malam...bagaimana jika bumi berhenti berputar?? siapa yg menyuruh bumi berputar?? dialah Allah Tuhan sekalian alam.... 
Lihat pula hujan...dari mana ia datang? bukankah dari bumi? dari laut yang masin...disejat menjadi kepulan2 awan....sampai kadar dan masanya turunlah titisan air yg tawar???? yang menyuburkan tanaman dan sumber minuman???? siapakah yang menentukan proses itu? Dialah Allah Tiada Sekutu bagi-nya....  
lihatlah tubuh kita...jari jemari kita...tangan dan kaki....semuanya punyai fungsi2nya....adakah ianya terjadi dan tercipta sendiri? Cap jari yang berbeza2 coraknya sehingga diiktiraf sebagai cara pengenalan diri di seluruh dunia....siapa mencipta semua itu? siapa yang mencipta sistem itu? sudah tentu Allah Pencipta Mutlak...
sudahkah anda melihat alam semesta yang luas? tahukah anda di mana penghujung alam semesta? sudah tentu anda tidak mampu memikirkannya...amat terbatas pemikiran kita...Dialah Allah Yang Maha Tinggi...Maha Suci Allah....pandulah kami menuju jalan-Mu yang lurus....janganlah Engkau biarkan kami kesesatan..


Friday, 23 September 2011

Hadis Palsu

"perselisihan di kalangan umatku adalah suatu rahmat"
(HADIS INI IALAH HADIS MAUDU' (PALSU)


Ulasan:
-Al-Munawi dalam bukunya Faidh al-Qadir menukilkan kata-kata al-Subki tentang hadis ini: "Hadis ini tidak dikenali di kalangan para sarjana hadis dan aku tidak menjumpai sanad yang sahih bagi hadis ini,tidak juga yang daif mahupun yang maudu'."
‎-Al-Albani juga menyatakan perkara yang hampir sama dalam buku Silsilah Ahadith al-Dhaifah:"Para sarjana ahli hadis sudah mengerahkan segala daya upaya mereka untuk mencari sanad (yang sahih) bagi hadis ini.Namun,mereka tidak menemuinya."

Hadis ini sering digunakan oleh sesetengah pihak yang ingin berhujah bahawa perselisihan dan perbezaan pendapat di kalangan umat Islam ini adalah suatu rahmat ilahi.Sebenarnya hujah ini boleh mendatangkan impak yang negatif.Sekiranya hujah ini digunakan,maka ia menyebabkan umat Islam tidak akan berusaha lagi untuk merujuk kepada al-Quran dan sunnah yang sahih.

Sepatutnya,jika didapati adanya percanggahan pendapat di kalangan sarjana Islam dalam sesuatu perkara,kita disarankan berpegang dengan pendapat yang bersandarkan kepada dalil-dalil yang lebih kuat.Inilah cara penyelesaian yang dianjurkan para imam mazhab.Hayatilah kata-kata Imam Syafi'e:
"Setiap apa yang aku ucapkan,kemudian mendapati adanya hadis sahih yang dilaporkan daripada Rasulullah bercanggah dengan pendapatku,maka hadis itu yang lebih utama,jangan kamu mengikuti pendapatku."

Kata Imam Syafi'e lagi: "Jika kamu dapati apa yang ada dalam bukuku bercanggah dengan sunnah Rasulullah,maka berpeganglah dengan sunnah dan tinggalkan pendapatku." Kata-kata Syafi'e ini direkodkan oleh az-Zahabi dalam karyanya Siyar a'lam al-Nubala.

Mari kita renungkan firman Allah Taala dalam surah al-Anfal,ayat 46
"Dan taatlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya,dan janganlah kamu berbantah-bantahan;kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu,dan sabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati); Sesungguhnya Allah bersama orang yang sabar.

Rasulullah saw juga memberi ancaman kepada mereka yang mereka hadis palsu dan menyebarkannya. Sabda rasulullah saw:
"Sesungguhnya berdusta ke atasku (menggunakan namaku) tidaklah seperti berdusta ke atas seseorang yang lain (menggunakan nama orang lain).Sesiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja,maka siapkanlah tempat duduknya dalam neraka."

(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Sunday, 4 September 2011

Madah Ke Bumi Penang


Masya-Allah sayunya hati nak meninggalkan bumi Kota Tinggi...
20 tahun kenangan manis dan pahitku di sini....
Kenangan...
kenangan umpama waktu yang membeku di benak ini...
kenangan bersama arwah ayah dan ibuku...
kenangan bersama keluargaku...
kenangan persekolahanku....
segalanya di sini....
namun tidak akan ku lupa kenangan itu....
kerna itulah yang membentuk diriku....
kini....
aku terpaksa meninggalkan bumi ini....
dan ku tinggalkan jasad ayah ibuku
untuk meneruskan perjuangan....
untuk merealitikan impian arwah ayah dan ibuku....
walaupun kini mereka tiada di sisi untuk meniup dan menyalakan bara semangat...
dan tiada untuk menghapuskan air mata....
namun kenangan itulah yang akan ku bawa sebagai kekuatan...
Allahu Akbar!!

Friday, 15 July 2011

Hari ini dalam bayangan...

Assalamualaikum semua...salam sejahtera....

Jummat ini 15/07/2011 atau lebih tepat lagi hari ini....hehe result upu keluar sudaa.... walau bagaimanapun sy memang da dpt result dari USM so takde la berdebar sgt kan nak tggu result upu...tapi gembira jugak tgk kawan2 lain yang berjaya menempatkan diri ke IPTA....tahniah ya kepada yang berkenaan..:)

Hurm bagi yang tak berjaya....saya tak tahu bagaimana nak memujuk hati kamu....kerna sy juga pernah melalui kekecewaan itu...ya...terbayang pula kenangan pahit lalu...

Tahun 2008 sy menduduki SPM....keputusan SPM sy xla baik sgt huhu.....2A 7kredit ja....memang masa tu kecewa...and then mula la isi upu....setiap hari menunggu keputusan....saya la yang beriya2 sgt masa tu huhu...
masa tu arwah ibu masih ada....terlantar sakit.... kadang2 sy terfikir jugak...siapa yang akan jaga ibu law sy melanjutkan pelajaran ke IPT?....kerna masa tu akak sy masih lagi menuntut di Uitm...

Saudara dan saudari...

Hari demi hari...akhirnya result pun kuar.....dukacita apabila dapat tahu yang sy xberjaya ditempatkan ke IPTA....memang r sedey an....lagi2 bila lihat kawan2 kita yg lain berjaya....
waktu tu rasa macam putus asa pun ada.....ibu saya pun pujuk sy....xlupa jgk 'si dia' yang memberi kata2 semangat...

Sy teruskan juga usaha...isi upu untuk rayuan....sy isi diploma insurans di UDM....mmg la kos tu langsung sy xminat tp kerana 'eager' sgt nak blaja di IPTA...sy bedal je....huhu...masa tu ibu saudara sy ada la 'cable' kat UDM tu...wah makin besar la harapan sy nak ke sana.....takpe...sy tggu jgk....

Sampai masa keputusannya kuar...masa tu ibu saudara sy ckp.....'cable' die tu ckp result sy ni TAK LAYAK untuk dpt sane....arrggghhh mmg frust mase tu....rase diri ni mcm sampah je....sejak hari tu sy ni mcm memusuhi upu....hurm rase klakar pon ade....

Tapi...sebagai insan yg lemah...kita xtahu apa yg Allah rencanakn untuk kita....
apakah makna kejayaan sebenar dalam hidup ini? sejujurnya sy ingin bertanya kepada pembaca sekalian.... apa yang dimaksudkan kejayaan dalam hidup kamu?

Berapa ramai student IPTA tu berjaya?
mungkin dia sangkakan diri dia sudah berjaya....
namun dia gagal menjadi anak yang baik...

mungkin dia sangkakan diri dia sudah berjaya...
namun dia gagal melaksanakan perintah Allah dan rasul...

mungkin dia sangkakan diri dia sudah berjaya...
namun dia gagal menjaga kehormatan dirinya...

mungkin dia sangkakan diri dia sudah berjaya...
namun dia gagal melepaskan diri dari nafsu....

mungkin dia sangkakan diri dia sudah berjaya...
namun mungkin dia lupa apa itu istidraj...

Saudara saudari sekalian...

Sy juga pernah rasai kegagalan itu....walau kini sy sudah berjaya ke IPTA...namun sy xsanggup juga melihat sahabat lain sedih kerana semua ini.....
teruskanlah usaha kamu semua.....

pepatah arab ada menyebut:

'Man jadda wa jada wa man zara'a hasada'
(siapa berusaha dia akan dapat,dan siapa menuai dia akan mendapat hasil)

sy ingin tujukan lagu ini kepada anda...hayatilah...

LANGKAH TERCIPTA


Semalam aku kelukaan,
Kecewa kehampaan,
Mencalar ketabahan,
Impian seringku harapkan menjadi kenyataan
Namun tak kesampaian,

Allah…
Inginku hentikan langkah ini
Bagaikan tak mampu untuk ku bertahan
Semangat tenggelam lemah daya,
Haruskah aku mengelamun jiwa
Ku berbisik inilah dugaan

Dan langkahku kini terbuka
Pada hikmah dugaan uji keimanan
Dan dilontarkannya ujian diluar kekuatan setiap diri insan

Allah…
Pimpini diriku,
Untuk bangkit semula meneruskan langkah perjuangan ini
Cekalkan hati dan semangatku
Kurniakan ketabahan........
Agar mimpi jadi nyata..
padaMu ku meminta

Dan ku mohon agung kudratMu
Wahai Tuhan Yang Satu
Segalanya dariMu 










KEPADA YANG BERJAYA....


Tahniah sy ucapkan...namun janganlah kamu semua lupa...
Allah itu memberi kejayaan berupa nikmat dan ujian....
Jangan juga kamu lupa kepada sahabat2 yg pernah membantu kamu...
Jangan kamu lupa...
ibu bapa kamu...
ya...
siapa yang punyai ibu bapa pasti dapat buat mereka gembira...
belajarlah selagi mana kamu mampu...syukurilah apa kamu perolehi....

pesanan ini ikhlas dari saya dan juga untuk saya...

Tuesday, 12 July 2011

Mencari Halawah

Qul Hasbiyaallah..
Ya Allah...
cukuplah Engkau bagiku...
biarpun ditakdirkan hidup ini tiada teman..
cukuplah Engkau peneman suka duka hidupku...
biarpun ditakdirkan tiada yang mencintaiku...
cukuplah cinta-Mu yang ku nikmati...
biarpun ditakdirkan hidup ku sengsara di dunia ini...
cukuplah nikmat-Mu di akhirat nanti...
biarpun semua makhluk membenci...
cukuplah Engkau menyayangi...
Ya Allah...la ilaha illaallah...
pimpinlah daku di jalan ini...
untuk menuju-Mu...
Cinta-Mu...Keredaan-Mu...Rahmat kasih sayang-Mu...
kurniakan aku ketenangan hidup ini...
demikianlah Halawah yang ku cari..dan yang ku nanti


Wednesday, 22 June 2011

madah duka insan

ku lihat di belakang ku...
tiada siapa yg akan menahan tubuhku pada saat ku ditolak.....

ku toleh ke kanan dan kiri ku...
tiada siapa yg sedia untuk ku pimpin tangan mereka pada saat ujian tiba...

ku pandang di depan ku...
penuh jalan berliku....
namun tiada siapa yg sudi menghulurkan tangan untuk membimbingku...



ku mendongak tinngi ke langit...
cantik ciptaan bulan dan bintang...
lantaran ku sedar adanya Tuhan...
Maha Pengasih Maha Penyayang...
terkedu terkaku terharu..
tatkala mendengar firman-Mu...
La Tahzan...

Friday, 10 June 2011

madah seorang pendakwah

berkata benarlah,walaupun sukar
kerna,
pada yang benar,adanya sinar,
yang benar tidak boleh diganti tukar,
sekalipun cuba disangkar oleh yang makar
kerna yang benar itu benar,sekalipun ada yang
bersikap hambar

hantarlah bicara yang benar
agar mengalir ke setiap alur dan datar,
ke hutan belukar dan paya terbiar,
ke desa yang pudar dan bandar besar

nyatakan yang benar
di daerah yang hambar dan kota mekar
di akhbar tersiar,juga TV dan radio terpancar,
untuk si miskin yang terlantar dan si kaya yang tersandar

cakaplah yang benar, walaupun tidak dibenar
sekalipun disanggah tegah disambar kasar
kerna Tuhanmu adalah Tuhan Yang Maha Benar,
Rasulmu ialah obor sabar cahaya sinar buat yang benar
maka yang benar itu tetap benar


dipetik dari buku "Mengemudi Bahtera Perubahan Minda"
karya mantan mufti Perlis Dr. Mohd Asri Zainul Abidin

TEST

Assalamualaikum.... :-)