Friday, 10 June 2011

madah seorang pendakwah

berkata benarlah,walaupun sukar
kerna,
pada yang benar,adanya sinar,
yang benar tidak boleh diganti tukar,
sekalipun cuba disangkar oleh yang makar
kerna yang benar itu benar,sekalipun ada yang
bersikap hambar

hantarlah bicara yang benar
agar mengalir ke setiap alur dan datar,
ke hutan belukar dan paya terbiar,
ke desa yang pudar dan bandar besar

nyatakan yang benar
di daerah yang hambar dan kota mekar
di akhbar tersiar,juga TV dan radio terpancar,
untuk si miskin yang terlantar dan si kaya yang tersandar

cakaplah yang benar, walaupun tidak dibenar
sekalipun disanggah tegah disambar kasar
kerna Tuhanmu adalah Tuhan Yang Maha Benar,
Rasulmu ialah obor sabar cahaya sinar buat yang benar
maka yang benar itu tetap benar


dipetik dari buku "Mengemudi Bahtera Perubahan Minda"
karya mantan mufti Perlis Dr. Mohd Asri Zainul Abidin

No comments:

Post a Comment