Friday, 23 September 2011

Hadis Palsu

"perselisihan di kalangan umatku adalah suatu rahmat"
(HADIS INI IALAH HADIS MAUDU' (PALSU)


Ulasan:
-Al-Munawi dalam bukunya Faidh al-Qadir menukilkan kata-kata al-Subki tentang hadis ini: "Hadis ini tidak dikenali di kalangan para sarjana hadis dan aku tidak menjumpai sanad yang sahih bagi hadis ini,tidak juga yang daif mahupun yang maudu'."
‎-Al-Albani juga menyatakan perkara yang hampir sama dalam buku Silsilah Ahadith al-Dhaifah:"Para sarjana ahli hadis sudah mengerahkan segala daya upaya mereka untuk mencari sanad (yang sahih) bagi hadis ini.Namun,mereka tidak menemuinya."

Hadis ini sering digunakan oleh sesetengah pihak yang ingin berhujah bahawa perselisihan dan perbezaan pendapat di kalangan umat Islam ini adalah suatu rahmat ilahi.Sebenarnya hujah ini boleh mendatangkan impak yang negatif.Sekiranya hujah ini digunakan,maka ia menyebabkan umat Islam tidak akan berusaha lagi untuk merujuk kepada al-Quran dan sunnah yang sahih.

Sepatutnya,jika didapati adanya percanggahan pendapat di kalangan sarjana Islam dalam sesuatu perkara,kita disarankan berpegang dengan pendapat yang bersandarkan kepada dalil-dalil yang lebih kuat.Inilah cara penyelesaian yang dianjurkan para imam mazhab.Hayatilah kata-kata Imam Syafi'e:
"Setiap apa yang aku ucapkan,kemudian mendapati adanya hadis sahih yang dilaporkan daripada Rasulullah bercanggah dengan pendapatku,maka hadis itu yang lebih utama,jangan kamu mengikuti pendapatku."

Kata Imam Syafi'e lagi: "Jika kamu dapati apa yang ada dalam bukuku bercanggah dengan sunnah Rasulullah,maka berpeganglah dengan sunnah dan tinggalkan pendapatku." Kata-kata Syafi'e ini direkodkan oleh az-Zahabi dalam karyanya Siyar a'lam al-Nubala.

Mari kita renungkan firman Allah Taala dalam surah al-Anfal,ayat 46
"Dan taatlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya,dan janganlah kamu berbantah-bantahan;kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu,dan sabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati); Sesungguhnya Allah bersama orang yang sabar.

Rasulullah saw juga memberi ancaman kepada mereka yang mereka hadis palsu dan menyebarkannya. Sabda rasulullah saw:
"Sesungguhnya berdusta ke atasku (menggunakan namaku) tidaklah seperti berdusta ke atas seseorang yang lain (menggunakan nama orang lain).Sesiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja,maka siapkanlah tempat duduknya dalam neraka."

(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Sunday, 4 September 2011

Madah Ke Bumi Penang


Masya-Allah sayunya hati nak meninggalkan bumi Kota Tinggi...
20 tahun kenangan manis dan pahitku di sini....
Kenangan...
kenangan umpama waktu yang membeku di benak ini...
kenangan bersama arwah ayah dan ibuku...
kenangan bersama keluargaku...
kenangan persekolahanku....
segalanya di sini....
namun tidak akan ku lupa kenangan itu....
kerna itulah yang membentuk diriku....
kini....
aku terpaksa meninggalkan bumi ini....
dan ku tinggalkan jasad ayah ibuku
untuk meneruskan perjuangan....
untuk merealitikan impian arwah ayah dan ibuku....
walaupun kini mereka tiada di sisi untuk meniup dan menyalakan bara semangat...
dan tiada untuk menghapuskan air mata....
namun kenangan itulah yang akan ku bawa sebagai kekuatan...
Allahu Akbar!!