Sunday, 25 December 2011

Ibnu Khaldun dari Perspektif Sosiologi

Post sebelum ini saya katakan Auguste Comte merupakan Bapa Sosiologi barat. Beliau mengasaskan istilah sosiologi. Walau bagaimanapun ibnu khaldun merupakan ahli sosiologi terawal berbanding Auguste Comte iaitu seawal 500 tahun. Beliau merupakan pelopor sebenar melalui ilmu al-umran (sains tamadun manusia).
 Siapakah ibnu khaldun?

Ibnu khaldun atau nama sebenarnya ialah Abu Zaid Abd ar-rahman ibnu muhammad ibnu muhammad ibnu khaldun.
Beliau banyak memperoleh ilmu dari tokoh2 greek seperti Plato dan Aristotle dan juga mencedok ilmu pemikir2 islam lain seperti ibnu rush, al-farabi dan lain2.
 Apakah sumbangan pemikiran ibnu khaldun dalam dunia sosiologi?

Ibnu khaldun memberi pendapat mengenai faktor yg mempengaruhi pembinaan tamadun dan juga faktor keruntuhannya.
Beliau juga berpendapat bahawa bandar merupakan sumber tamadun.
Beliau menegaskan agama merupakan perkara dasar dalam tamadun.

No comments:

Post a Comment