Monday, 20 January 2014

Kau Kata Kau Cinta Nabi

Kau kata kau cinta nabi,
tapi kau berdusta atas nama nabi,
hadis palsu apa kau peduli?

Kau kata kau cinta nabi,
tapi kau malas mengaji,
hadis baginda kau tak teliti,
sunnahnya kau tak telusuri

Kau kata kau cinta nabi,
selawat yang nabi ajar kau letak ke tepi,
kau terhibur dengan gendang melagukan bait-bait yang kau sendiri tidak fahami,
lalu kau kata itu selawat nabi!

~Cinta nabi kau iringilah dengan mengikuti~

Mencari Halawah
15 Januari 2014
7.09 pagi

No comments:

Post a Comment